Tuesday, March 8, 2011

¼ Abad??uhuk uhuk..

Syukur Ya Allah..6 Mac lepas genap 25 tahun diri ini diberikan peluang untuk terus bernafas di bumimu. Kau panjangkanlah umurku, umur kedua ibu bapaku, ahli keluargaku, rakan²ku, dan umat islam lain. Kau tingkatkanlah keimanan kami. Murahkanlah rezeki dan berkatilah hidup kami Ya Allah..Amin..
6 Mac @Suja's


6 Mac @Shah Alam

Sangat bersyukur pada umur 25tahun(tuanya...)terlalu banyak nikmat dan kurniaanNya yang dikecapi. Antara sebab kenapa saya amat sangat perlu bersyukur :
  • Saya dilahirkan dgn keadaan yg sempurna dari segi fizikal mahupun mental.
  • Setakat ini, belum pernah dijangkiti penyakit merbahaya & belum pernah ditahan, dimasukkan ke hospital.Wuuu..xmo.takotnya duk hospital, x sedapnya ubat... T_T Semoga saya sentiasa sihat :)
  • Saya mempunyai keluarga yg sempurna dan bahagia. Parents yg sentiasa mendidik anak² mereka dgn penuh kasih syg(even kdg² sy masih lg degil,sy syg parents sy sgt2!♡ ), kakak² & adik² yg masih waras ;p dan yg terbaru, dikurniakan anak buah yg comel-comel.
  • Saya dikurniakan rakan² yg baik kesemuanya. Alhamdulillah..
  • Mempunyai pekerjaan dan dari segi kewangan saya tidak perlu bergantung pada kedua ibu bapa lagi.(tp,cam bergantung je lg :p )
  • Saya dilahirkan sebagai seorang islam.
  • Tinggal di negara yang aman damai.
          dan yang paling penting...
Hingga saat ini, peluang untuk masuk syurga masih terbuka luas. Masih sempat untuk bertaubat bg    dosa-dosa yg lepas..Tp tu lah.Iman cepat goyah. Dah insaf, buat lagi... T_T

*saya rindu anak buah saya :(

No comments: